Kapal MPMS kedua Maritim dari Turkiye dijangka tiba hujung tahun depan

Iklan
Saifuddin Nasution pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Peluncuran "AI Human Digital" di Kompleks Setia Perkasa, pada Isnin. Turut sama, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr Awang Alik Jeman (kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. Foto Bernama

PUTRAJAYA – Kapal misi pelbagai guna (MPMS) kedua yang dibina di Turkiye untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) dijangka tiba di negara ini pada hujung tahun depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau akan ke Istanbul, Turkiye pada hujung September ini bagi melihat sendiri perkembangan pembinaan kapal berkenaan.

Iklan
Iklan

“Yang pertama dijangka sampai pada Mac tahun depan, manakala kapal kedua pula hujung tahun depan,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini pada Isnin.

Menurut Saifuddin, pembinaan aset baharu berkenaan penting bagi memperkukuh keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan penguatkuasaan dan menjaga keselamatan perairan negara.

Iklan

Dalam perkembangan sama, beliau berkata Amerika Syarikat (AS) turut menawarkan sebuah lagi kapal United States Coast Guard (USCG), yang telah dinyahaktifkan kepada Malaysia untuk dipertimbangkan bagi kegunaan APMM.

Menurutnya, kerajaan bagaimanapun perlu menjalankan pemeriksaan terlebih dahulu bagi menilai tahap kelayakan kapal berkenaan serta kos yang diperlukan sebelum membuat keputusan menerima tawaran itu.

Iklan

Ketua Setiausaha Datuk Seri Dr Awang Alik Jeman akan mengetuai pemeriksaan bersama pakar APMM, termasuk jurutera, bagi menilai sama ada kapal itu masih layak beroperasi.

“Kita kena buat pemeriksaan 'seaworthiness' ( kelayakan kapal untuk belayar ) dulu. Kalau keadaan kapal itu baik, kita tengok kosnya.

“Kalau seaworthiness dia tidak baik, kos repair terlalu tinggi, kita boleh kata tidak,” jelasnya.

Beliau berkata, sebuah kapal yang ditawarkan AS sebelum ini telah diterima, dibaik pulih dan kini beroperasi di Sabah.

Saifuddin berkata, tawaran aset, termasuk kapal dari AS, perlu dilihat dari sudut keperluan APMM bagi memastikan agensi berkenaan mempunyai aset mencukupi untuk melaksanakan tugas