Bantu masak, kemas rumah alasan janda dicekup khalwat dengan lelaki bujang
Iklan
Seorang wanita berstatus janda ditahan khalwat bersama seorang lelaki bujang di sebuah pangsapuri di Johor Bahru pada Ahad.
JOHOR BAHRU - Seorang wanita berstatus janda ditahan khalwat bersama seorang lelaki bujang di sebuah pangsapuri di daerah ini pada 1.50 pagi, Ahad.
Pasangan berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas menerima aduan awam.
Iklan
Iklan
JAINJ dalam kenyataan memberitahu, pemeriksaan dijalankan penguat kuasa mendapati pintu utama dan jeriji rumah berkunci sebelum seorang lelaki membuka pintu selepas loceng ditekan beberapa kali.
“Pasangan ini mengaku mereka bukan suami isteri dan bukan juga adik-beradik atau mahram.
Iklan
Menurut JAINJ, rumah tiga bilik berkenaan disewa lelaki terbabit yang mendakwa tinggal seorang diri, manakala wanita itu dikatakan kerap datang ke rumah berkenaan pada waktu malam.
“Wanita itu memberi alasan datang untuk membantu memasak dan mengemas rumah. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat makanan di dapur dan rumah juga berada dalam keadaan kemas.
Iklan
“Bagaimanapun, berdasarkan aduan diterima, wanita berkenaan dikatakan beberapa kali datang pada waktu malam dan keluar sekitar jam 6 pagi keesokan harinya.
“Pasangan ini turut merayu supaya tidak ditahan dengan alasan mereka tidak melakukan sebarang maksiat,” katanya.
Bagaimanapun, penguat kuasa menjelaskan bahawa perbuatan berkurung atau berada bersama bukan mahram dalam keadaan sedemikian boleh menjadi kesalahan khalwat mengikut peruntukan undang-undang syariah Johor.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>