JAKARTA - Gunung Semeru di Jawa Timur meletus tiga kali pada pagi Isnin, memuntahkan abu setinggi 1,000 meter dari puncaknya, menurut pihak berkuasa Indonesia.
Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), abu tertinggi direkodkan ketika letusan pada 6.28 pagi waktu tempatan, mencecah kira-kira 4,676 meter dari aras laut.