Wakil rakyat bertugas perlu ikut SOP

Iklan
Ismail Sabri bercakap pada sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA – Wakil rakyat seperti ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dibenarkan bertugas sama seperti sesetengah kakitangan kerajaan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun mereka masih tertakluk kepada standard operasi prosedur (SOP) PKP iaitu tidak boleh mengadakan program, perhimpunan dan jamuan secara besar-besaran.

Iklan
Iklan

"Jika mereka keluar untuk menyampaikan bantuan makanan atau apa sahaja bentuk bantuan, tidak perlu ada rombongan. Cukup sekadar dua atau tiga kenderaan sahaja.

"Seperti yang kita nyatakan sebelum ini sebaiknya bantuan yang mahu disampaikan itu diserahkan kepada petugas barisan hadapan seperti anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Iklan

"Namun jika wakil rakyat itu mahu lakukan sendiri, ada SOP daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang perlu diikuti mereka,” katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu PKP: Razman mohon maaf

Iklan

Ditanya mengenai apakah tindakan terhadap anggota pentadbiran kerajaan yang melanggar PKP kerana wujud dakwaan kerajaan menutup mata, beliau sekali lagi mengulangi pendirian bahawa tiada ada sesiapa terlepas daripada tindakan jika mengingkari PKP.

"Dalam kes melibatkan anggota kerajaan ini, polis telah memanggil individu berkenaan dan tindakan seterusnya bergantung kepada polis.

"Tidak betul tanggapan atau tuduhan ramai pihak di luar sana bahawa ada perbezaan dari segi pendekatan polis kepada setiap pesalah yang ingkar PKP. Apa yang pasti untuk wakil rakyat yang mewakili rakyat di kawasannya keluar membantu dibenarkan tetapi ada SOP yang mesti dipatuhi,” katanya.