Jika Ahmad Zahid bercita-cita jadi PM selesaikan dahulu isu integriti - AMK

Iklan
Danish menegaskan, pihaknya menghormati hak mana-mana parti untuk menentukan calon mereka. Foto fail

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu membersihkan namanya di mahkamah terlebih dahulu sebelum bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri ke-11 selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang akan datang.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Danish Hairuddin berkata, umum masih maklum terdapat proses perundangan berkaitan keputusan dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) berkaitan kes Yayasan Akalbudi terhadap Presiden UMNO itu.

Iklan
Iklan

Jelasnya, Mahkamah Persekutuan dijadualkan pada 8 Oktober ini untuk mendengar permohonan beliau dan Peguam Negara bagi mendapatkan kebenaran merayu dalam prosiding berkaitan cabaran Badan Peguam terhadap keputusan tersebut.

"Saya tidak mahu mendahului mahkamah dan kita mesti menghormati proses undang-undang.

Iklan

Danish menegaskan, pihaknya menghormati hak mana-mana parti untuk menentukan calon mereka.

Namun akhirnya ujarnya, Malaysia memerlukan seorang Perdana Menteri yang bukan sahaja mempunyai sokongan untuk memerintah, tetapi juga mempunyai keyakinan rakyat untuk memimpin.

Iklan

Katanya lagi, soal siapa yang mahu dicalonkan sebagai Perdana Menteri selepas PRU akan datang adalah hak setiap parti serta gabungan politik dan tidak perlu mendahului keputusan rakyat.

"Namun, sesiapa sahaja yang bercita-cita memimpin negara perlu memahami bahawa jawatan Perdana Menteri bukan sekadar soal mempunyai sokongan politik. Ia turut membawa persoalan integriti, keyakinan rakyat dan imej Malaysia di mata dunia.

"Apabila Khairy Jamaluddin sendiri menyifatkan ucapan Presiden UMNO sebagai ucapan seorang 'prime minister in waiting', maka saya fikir wajar juga persoalan mengenai integriti yang masih menjadi perhatian masyarakat diberikan penyelesaian yang jelas melalui proses undang-undang," katanya.

Ketika berucap pada perhimpunan Agung UMNO 2026, Ahmad Zahid mengulangi tuntutan PRU16 diawalkan kerana yakin parti itu menerusi gelombang biru akan menerajui mandat baharu membentuk kerajaan. - Awani