Op Samseng Jalanan: Remaja 13 tahun antara diperiksa

Iklan
Remaja berusia seawal 13 tahun antara 271 individu yang diperiksa dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Pasir Puteh, Station 18 pada awal pagi Ahad.

IPOH – Remaja berusia seawal 13 tahun antara 271 individu yang diperiksa dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Pasir Puteh, Station 18 di sini awal pagi Ahad.

Operasi bermula jam 2.30 pagi itu dijalankan Polis Daerah Ipoh bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak dan melibatkan 214 motosikal serta individu berusia antara 13 hingga 35 tahun.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, sebahagian besar individu yang diperiksa dalam operasi berkenaan terdiri daripada golongan remaja.

"Operasi bersepadu ini melibatkan kekuatan seramai 66 pegawai dan anggota polis Daerah Ipoh, Sukarelawan Polis, pegawai JAS Negeri Perak dan Pasukan Sahabat.

Iklan

Muhammad Najib berkata, operasi bersepadu akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi memperkasakan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap samseng jalanan di daerah berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati 18 motosikal disita atas kesalahan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Menurut beliau, empat individu turut ditangkap kerana menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987.

Katanya, sebanyak 416 saman trafik dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi berkenaan.

"Selain itu, polis Daerah Ipoh bersama JAS Negeri Perak turut mengeluarkan empat saman di bawah Seksyen 48A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya.

Sebanyak 416 saman trafik dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi berkenaan.

Muhammad Najib berkata, operasi bersepadu akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi memperkasakan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap samseng jalanan di daerah berkenaan.

"Ia merupakan salah satu usaha polis Daerah Ipoh dalam mengurangkan kes kemalangan jalan raya di samping membantu mencegah berlakunya jenayah jalanan di sekitar bandar raya Ipoh.

"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya.