Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 9 malam ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah (Kulim, Bandar Baharu, Baling dan Sik) dan Perak (Hulu Perak, Selama dan Muallim).

Iklan
Iklan

Amaran sama dikeluarkan di Kelantan bagi kawasan Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh manakala di Terengganu melibatkan Hulu Terengganu, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut.

Di Pahang, kawasan terjejas ialah Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut manakala di Selangor bagi kawasan Hulu Selangor dan Gombak.

Iklan
Iklan

Sementara itu, di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sibu, Sarikei, Betong, Mukah, Kapit (Song). - Bernama