Islam bukan hak Pas, jangan jadi ‘imigresen’ tentukan siapa masuk syurga – Izham

Iklan
Izham (kanan) semasa Podcast Semak Episod 4 yang disiarkan melalui Facebook beliau pada Ahad.

SHAH ALAM - Islam bukan hak mana-mana parti politik termasuk Pas, malah parti politik hanya wujud kemudian berbanding agama itu sendiri.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Datuk Ir Izham Hashim berkata, kecenderungan Pas menyamakan Islam dengan parti itu sudah berlaku sejak sekian lama sehingga menimbulkan tanggapan Islam dan Pas adalah perkara sama.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Islam sepatutnya dijunjung dan menjadi panduan dalam kehidupan, bukannya ‘ditonggang’ atau dijadikan milik sesebuah parti politik.

"Islam ini sebenarnya pun tak boleh ditonggang, sepatutnya ia dijunjung, dia di atas sepatutnya memayungi kehidupan kita.

Iklan

"Islam ini bukan hak orang Pas sahaja, (sebaliknya) ia untuk seluruh manusia," katanya dalam Podcast Semak Episod 4 yang disiarkan melalui Facebook beliau pada Ahad.

Izham berkata, perjuangan berlandaskan Islam perlu dilihat sebagai tuntutan agama yang perlu dilaksanakan, namun seseorang tidak wajar mendakwa dirinya mempunyai kuasa menentukan siapa yang pasti masuk syurga.

Iklan

Katanya, soal seseorang itu masuk syurga atau sebaliknya adalah ketentuan ALLAH dan bukan tugas manusia untuk memberikan jaminan berkenaan.

"Baguslah dia cakap kena berjuang dan ikuti serta memenuhi syarat sebagai Islam, mana layak untuk masuk syurga.

"Tapi takkanlah sebut perkataan pasti masuk syurga (kerana ia) bukan kerja kita.

"Jaminan masuk syurga adalah daripada ALLAH sendiri yang tentukan, kita hanya boleh laksanakan apa yang Allah minta dan kita doa, moga moga diberikan kita syurga nanti," jelas beliau.

Beliau turut menyindir pihak yang seolah olah mengambil peranan menentukan kelayakan seseorang untuk masuk syurga dengan mengibaratkan dirinya sebagai pegawai imigresen.

"Tak boleh kita nak jadi pegawai imigresen pula apabila hendak masuk syurga," tambah beliau.