Rangka manusia ditemui dalam tong dram

Iklan
Tong berisi rangka manusia ditemukan di Kolam Takungan Air di Jalan Bukit Tambun, Alor Gajah pada 11.40 pagi tadi.

ALOR GAJAH – [DIKEMAS KINI] Sebuah tong yang dipercayai mengandungi rangka manusia ditemukan tiga pemancing di kawasan tadahan air Empangan Durian Tunggal Machap Baru di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, maklumat diterima sekitar jam 11.40 pagi daripada tiga pemancing berkenaan berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awam diterima mendapati kesemua mereka menemui sebuah tong di tepi empangan sebelum cuba memeriksa kandungannya dengan memotong sedikit bahagian atas tong berkenaan.

Identiti mangsa serta jantina belum dikenal pasti dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Iklan

“Selepas memotong sedikit bahagian atas tong, mereka mendapati terdapat kesan seperti rangka tulang sebelum membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Katanya, tong itu berada kira-kira 15 meter dari jalan sebelum pihak polis meminta bantuan bomba untuk mengangkatnya ke jalan bagi dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Iklan

Dipercayai rangka berkenaan sudah berada di dalam tong sekurang-kurangnya tiga minggu berdasarkan keadaan tulang dan tisu yang masih melekat.

“Identiti mangsa serta jantina belum dikenal pasti dan siasatan lanjut diteruskan,” katanya.

Beliau menyeru mereka yang kehilangan ahli keluarga supaya membuat laporan polis bagi membantu pihaknya menentukan identiti sebenar mangsa.

Pada masa sama, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi balai polis berhampiran.