Penyu Belimbing kembali bertelur di Rantau Abang

Iklan
Pembantu Am Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (TCIC) Rantau Abang, Mohd Saipul Nizam Hamzah melakukan proses pengeraman telur Penyu Belimbing di TCIC Rantau Abang, hari ini. - Bernama

DUNGUN - Pembantu Am Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (TCIC) Rantau Abang, Mohd Saipul Nizam Hamzah melakukan proses pengeraman telur Penyu Belimbing di TCIC Rantau Abang, hari ini.

Hidupan marin tersebut bertelur sebanyak 81 biji awal pagi tadi di Pantai Rantau Abang dan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu merekodkan pendaratan Penyu Belimbing pada 1 Sept lalu, selepas kali terakhir spesies ini direkodkan mendarat di Terengganu pada 2017.

Iklan
Iklan

Pendaratan semula sang penyu ini memberi sinar baharu kepada usaha pemuliharaan raja penyu serta mengingatkan kita bahawa khazanah laut negara perlu terus dilindungi. - Bernama