Banjar, Jawa, Bugis pertahan warisan

Iklan
Haron menunjukkan lukisan berkaitan kehidupan masyarakat etnik Banjar yang dihasilkannya.

SHAH ALAM – Bahasa, adat dan budaya terus menjadi nadi identiti masyarakat berketurunan Banjar, Jawa dan Bugis yang berusaha memastikan warisan nenek moyang kekal hidup dalam generasi hari ini.

Pelukis yang juga bekas guru seni, Haron Mokhtar, 63, berkata, bahasa Banjar sudah sebati dengan dirinya sejak kecil dan masih digunakan dalam perbualan harian bersama keluarga serta rakan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkataan seperti ‘berilaan’ yang membawa maksud saling memohon maaf dan ‘kulaan’ bermaksud saudara masih digunakan termasuk ketika bertemu kenalan atau pada hari raya.

“Begitu juga bila bersama keluarga, saya gunakan perkataan mudah seperti ‘guring’ yang bermaksud tidur.

Iklan

Haron berkata, makanan tradisional seperti wadai kipeng, gegatas, wajik, balungan hayam, kalakatar dan ayam masak merah Banjar juga masih menjadi sebahagian identiti masyarakat berkenaan terutama ketika kenduri dan majlis perkahwinan.

Sementara itu, Zainuddin Shambra, 68, yang berketurunan Jawa berkata, bahasa dan budaya rewang antara warisan yang diterimanya daripada kedua-dua ibu bapa yang berasal dari Indonesia.

Iklan

“Ketika mak dan ayah masih ada, kami di rumah memang bercakap Jawa. Jadi bahasa ini sudah sebati sejak kecil.

“Anak-anak saya masih faham bahasa Jawa, cuma tidak begitu fasih. Kalau hendak bercakap, mereka mungkin menggunakan campuran bahasa Jawa dan Melayu,” katanya.

Zainuddin yang tinggal di Kampung Bukit Kerayong, Kapar berkata, perkataan seperti ‘mangan’ bermaksud makan, ‘ngombe’ (minum), ‘turu’ (tidur) dan ‘ngompol’ (kencing) masih digunakan dalam kehidupan harian.

Seorang penduduk Jeram, Kuala Selangor berketurunan Bugis, Suzana Abu Salem, 41, pula berkata, warisan etnik bukan sekadar tinggalan nenek moyang tetapi sebahagian identiti.

“Antara elemen yang masih dipertahankan ialah bahasa pertuturan, makanan warisan serta adat dalam majlis kekeluargaan dan perkahwinan.

“Budaya ini turut berkembang mengikut persekitaran masyarakat setempat, sekali gus memperlihatkan kepelbagaian warisan Bugis di Malaysia,” ujarnya.