Ahmad Zahid anggap isu proklamasi MB Negeri Sembilan boleh diselesaikan

Iklan
Ahmad Zahid - Foto: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin kontroversi proklamasi melibatkan Menteri Besar Negeri, Datuk Islam Lasim boleh diselesaikan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bersandarkan perkembangan semasa isu berkenaan.

Iklan
Iklan

"Ada beberapa perkara yang saya fikir boleh diselesaikan,” katanya ketika media selepas penangguhan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Sebelum ini, Ahmad Zahid bertemu Ismail bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan beliau dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi berkaitan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Iklan

Pertemuan itu berlangsung jam 4 petang Khamis ketika PAU 2026 yang sedang berlangsung di WTCKL.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perkara yang dibincangkan dalam pertemuan berkenaan.

Iklan