16 maut dalam kebakaran rumah jagaan warga emas

Iklan
Kebakaran di sebuah rumah jagaan warga emas di selatan Chile meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa. Foto: Agensi

BERLIN - Sekurang-kurangnya 16 orang maut dalam kebakaran di sebuah rumah jagaan warga emas di selatan Chile, menurut media tempatan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Memetik pihak berkuasa di negara Amerika Selatan itu, beberapa media melaporkan kebakaran itu berlaku pada petang Jumaat.

Iklan
Iklan

Gambar yang diterbitkan oleh akhbar La Tercera menunjukkan api besar menyala dari bumbung bangunan.

Kejadian berlaku berhampiran bandar Pitrufquén di selatan negara itu.

Iklan

Sepuluh orang dilaporkan telah diselamatkan daripada bangunan itu dan dibawa ke hospital akibat kecederaan.

Beberapa pasukan bomba dan penyelamat dari bandar jiran dikerahkan ke tempat kejadian.

Iklan

Menurut pihak berkuasa, 26 orang berada di dalam rumah itu ketika api marak. Punca kebakaran masih dalam siasatan. - Bernama