Thailand bina tembok di sempadan

Iklan
Pekerja membina sebahagian pagar sempadan. FOTO: AFP

PONG NAM RON - Thailand mula membina tembok sepanjang 8.4 kilometer di sempadannya dengan Kemboja susulan pertempuran berdarah antara kedua-dua negara pada tahun lalu.

Fasa pertama sepanjang kira-kira satu kilometer kini dibina merentasi kawasan pertanian di wilayah Chanthaburi, timur Thailand.

Iklan
Iklan

Struktur setinggi 3.6 meter itu terdiri daripada konkrit, jaringan keluli serta gulungan kawat berduri.

Komander Pasukan Petugas Marin Tentera Laut Diraja Thailand di Chanthaburi, Kapten Prachya Hantiem berkata, tembok tersebut dibina bagi menghalang kegiatan haram terutama penyeludupan manusia dan barangan.

Iklan

Thailand dan Kemboja sejak beberapa dekad lalu berselisih mengenai penandaan sempadan sepanjang kira-kira 800 kilometer.

Pertempuran maut tercetus pada Julai dan sekali lagi pada Disember 2025 sebelum kedua-dua negara menandatangani perjanjian gencatan senjata pada penghujung Disember.

Iklan

Bagaimanapun, kedua-dua pihak saling menuduh berlaku pelanggaran gencatan senjata. - AFP