Majlis Tertinggi PN bermesyuarat minggu depan, sumber sahkan Bersatu dijemput

Iklan
PN bakal mengadakan mesyuarat majlis tertinggi pada minggu depan. Foto hiasan.

SHAH ALAM - Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) bakal bermesyuarat pada hujung minggu depan, kata Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa.

Meskipun tidak memperincikan tarikh mesyuarat itu, Annuar berkata, kesemua ahli Majlis Tertinggi PN sudah dijemput oleh Setiausaha Agung gabungan iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, mesyuarat bakal membincangkan beberapa perkara antara lain persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.

"Turut akan diputuskan adalah pelantikan dan penyusunan kepimpinan PN di peringkat negeri-negeri.

Iklan

Sementara itu, sumber dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan sudah menerima jemputan menghadiri mesyuarat MT PN.

Sumber tersebut bagaimanapun memberitahu bahawa pimpinan Bersatu belum memutuskan sama ada mahu hadir atau tidak ke mesyuarat yang dijadual berlangsung di Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Iklan

"Bersatu masih mempertimbangkan dan meneliti jemputan yang disampaikan," ujarnya.