Syed Saddiq hantar kad jemputan kahwin kepada Tun M, sempat minta petua rumah tangga

Iklan
Syed Saddiq berkongsi gambar bersama pasangan ikon inspirasi negara selepas menyampaikan kad jemputan kahwin. Foto Instagram Syed Saddiq

KURANG sebulan menuju hari bahagia, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sudah mula menyampaikan sendiri kad jemputan perkahwinannya termasuklah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed.

Syed Saddiq menerusi Instagram berkongsi momen bermakna bertemu negarawan itu.

Iklan
Iklan

"Nak masuk alam perkahwinan, mestilah kena minta petua daripada pasangan paling berpengalaman di Malaysia," kongsinya.

Syed Saddiq bergambar bersama bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed ketika kunjungan menyampaikan kad jemputan kahwin. Foto Instagram Syed Saddiq

Iklan

Baru-baru ini pasangan ikon inspirasi negara itu mendapat pengiktirafan sebagai Bekas Ketua Kerajaan dan Pasangan Pertama yang kedua-duanya menjadi Centenarian yang Masih Hidup di Asia oleh Asia Record.

Masing-masing yang berusia 101 dan 100 tahun itu berkahwin pada 1956 dikurniakan tujuh cahaya mata.

Iklan

Sementara itu, Syed Saddiq pula dijadualkan akan melangsungkan pernikahannya dengan tunang tersayang, penyanyi dan pelakon, Bella pada 10 Oktober 2026. - SinarPlus