KUALA LUMPUR – Anak kepada penyanyi legenda, Uji Rashid, iaitu Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Cico Harahap, 48, meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Berita pemergian penyanyi itu disahkan oleh Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez ketika dihubungi Harian Metro.