UMNO sedia gariskan Agenda Malaysia Biru jika kembali terajui Putrajaya

Iklan
Ahamd Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Jumaat. FOTO SINAR HARIAN-ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersama rakan-rakan politik yang sehaluan akan menggariskan Agenda Malaysia Biru sebagai kerangka baharu pembangunan negara menjelang 100 tahun kemerdekaan Malaysia, sekiranya kembali menerajui Putrajaya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, agenda berkenaan bukan sekadar membawa maksud gelombang politik berwarna biru, sebaliknya mencerminkan aspirasi untuk membentuk sebuah negara yang berdaulat, bersatu, inovatif serta berpendapatan tinggi.

Iklan
Iklan

"Dengan agenda ini, kita mahu mencipta kekayaan negara, membina semula modal insan, memperluaskan pemilikan, menjaga kesejahteraan, menghadapi krisis, memelihara rakyat, membina kepercayaan dan mempertahankan kepentingan nasional.

"Menjadikan Malaysia negara pencipta, kita bermula sebagai neagra pertanian, itu dahulu, kemudian laksanakan lonjakan perindustrian, kini kita mesti melakukan lonjakan seterusnya, malaysia mesti menjadi negara pencipta," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL

Iklan