'Guru-guru di pedalaman tunggu saya ya!'- Fadhlina

Iklan
Fadhlina

SHAH ALAM- Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek akan turun ke kawasan pedalaman dalam tempoh beberapa hari bagi melihat keseluruhan aspek berkaitan pendidikan Orang Asli.

Beliau berkata, lawatan itu antara lain bagi meninjau latihan guru dan pedagogi berkaitan pendidikan komuniti berkenaan.

Iklan
Iklan

"Esok lusa, saya akan mula masuk ke kawasan pedalaman sehingga beberapa hari.

"Ia bagi melihat keseluruhan latihan guru, pedagogi, kendala operasi, pencapaian serta kejayaan dan sinergi komuniti terkait pendidikan orang asli," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Iklan

Fadhlina berkata, beliau turut membaca sebahagian daripada sebuah buku berkaitan pendidikan Orang Asli.

Menurutnya, buku tersebut banyak mengupas pendekatan berkaitan pendidikan Orang Asli.

Iklan

"Kebetulan buku ini sempat saya baca sebahagiannya kerana buku ini banyak mengupas pendekatan sebenar, pemilikan dan pedagogi serta peranan institusi dalam membangunkan pendidikan orang asli.

"Saya berharap para penulis, pengkaji dan pemakalah buku tersebut tidak berhenti setakat buku itu sahaja," katanya.

Beliau berkata, penulisan dan kajian mereka harus ditulis serta diterjemahkan bersama inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ujarnya, isu pembangunan pendidikan anak Orang Asli adalah 'passion' nya yang cukup mempengaruhi seluruh pendidikan manusiawi yang selalu beliau canangkan.

"Barangkali kita akan terputus hubungan buat seketika tatkala saya berada di pedalaman buat beberapa hari, tetapi sebaik sahaja kembali, kami akan terus bekerja melakukan yang terbaik untuk pendidikan anak-anak orang asli di Malaysia.

"Buat guru-guru di pedalaman yang akan saya temui nanti, tunggu saya ya! Semoga terus kuat demi anak Malaysia!" tulisnya.