Kalimantan berubah jadi 'gurun gersang'

Iklan
Kapuas merupakan antara laluan air penting bagi penduduk setempat dan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat di sepanjang sungai berkenaan. - Foto Agensi

PONTIANAK - Kemarau panjang yang melanda Indonesia menyebabkan paras air Sungai Kapuas di Kalimantan Barat menyusut dengan ketara, sehingga sebahagian dasar sungai kini terdedah dan berubah menjadi hamparan pasir yang luas.

Pemandangan itu mencuri perhatian penduduk apabila kawasan yang biasanya dipenuhi air kini kelihatan seakan-akan gurun, sekali gus mencetuskan gambaran seolah-olah Kalimantan berubah menjadi 'gurun gersang'.

Iklan
Iklan

Beberapa penduduk setempat bagaimanapun memanfaatkan kawasan berpasir yang terbentuk untuk melakukan aktiviti riadah.

Beberapa penduduk setempat bagaimanapun memanfaatkan kawasan berpasir yang terbentuk untuk melakukan aktiviti riadah. - Foto Agensi

Iklan

Kapuas merupakan antara laluan air penting bagi penduduk setempat dan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat di sepanjang sungai berkenaan.

Namun, penyusutan paras air menyebabkan pergerakan bot dan kapal menjadi semakin sukar terutamanya di kawasan yang cetek dan mempunyai banyak timbunan pasir.

Iklan

Keadaan itu turut memberi kesan kepada aktiviti ekonomi di Kalimantan khususnya sektor arang batu yang bergantung kepada laluan sungai untuk mengangkut hasil ke lokasi penghantaran.

Pemandangan itu mencuri perhatian penduduk apabila kawasan yang biasanya dipenuhi air kini kelihatan seakan-akan padang pasir. - Foto Agensi

Pengangkutan menggunakan kapal tongkang berdepan cabaran apabila kedalaman sungai tidak lagi mencukupi untuk membolehkan kapal bergerak seperti biasa.

Dalam masa sama, penduduk yang bergantung kepada sungai untuk aktiviti harian turut berdepan perubahan keadaan persekitaran akibat kemarau yang berpanjangan.

Fenomena tersebut turut menimbulkan kebimbangan terhadap bekalan air sekiranya keadaan kering berterusan selain meningkatkan risiko kebakaran hutan dan tanah di beberapa kawasan. - Agensi