Kerajaan Persekutuan terus perkukuh kerjasama dengan Kelantan - Anwar

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, hari ini.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan akan terus memperkukuh kerjasama dan kebersamaan dengan Kerajaan Negeri Kelantan demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, hari ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, perbincangan itu merangkumi sokongan dalam pelbagai sektor termasuk infrastruktur, ekonomi, pertanian, pendidikan, kesihatan dan kemudahan sosial bagi memastikan pembangunan negeri terus berjalan lancar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, hari ini.

Iklan

"Insya-ALLAH, kerjasama ini akan terus diperkukuh demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Kelantan,” katanya menerusi hantaran di Facebook. - Bernama

 

Iklan