Iran perkukuh 'kubu nuklear'?

Iklan
Imej satelit menunjukkan pembinaan terowong di kemudahan itu yang dilakukan pada November 2025.

TEHERAN - Analisis terbaharu imej satelit menunjukkan peningkatan ketara dalam aktiviti pembinaan di Pickaxe Mountain (Kuh-e Kolang Gaz La) yang dipercayai berpotensi menjadi 'kubu nuklear' Iran.

Ketika ini, Teheran dipercayai sedang memperkukuh kemudahan yang dilindungi ketat itu dan turut menarik perhatian Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Iklan
Iklan

Laporan terbaharu daripada Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) menunjukkan aktiviti pembinaan di Pickaxe dipergiatkan sejak awal tahun ini.

Kompleks terowong bawah tanah itu terletak berhampiran kemudahan pengayaan uranium Iran di Natanz, kira-kira 225 kilometer di selatan Teheran yang pernah menjadi sasaran serangan AS dan Israel pada Jun 2025.

Iklan

Timbalan pengarah dan felo Projek Isu Nuklear, Joseph Rodgers berkata, peningkatan aktiviti di Pickaxe sebenarnya bermula sejak September tahun lalu, seiring dengan usaha Iran membina perimeter keselamatan di sekeliling kemudahan rahsia tersebut.

Aktiviti yang semakin rancak itu dikesan ketika agensi perisikan Israel, Mossad,mendakwa Teheran mungkin telah memindahkan pengempar uranium ke dalam kemudahan berkenaan. Bagaimanapun, Rodgers berkata analisis CSIS tidak dapat mengesahkan dakwaan tersebut.

Iklan

Sementara itu, Presiden Donald Trump sekali lagi mengancam untuk menyerang kemudahan tersebut setelah ugutan itu pertama kali dibuat pada Julai lalu.

"Saya menasihatkan Iran supaya jangan cuba bermain-main kerana kami akan menyerang mereka dengan sangat dahsyat," katanya dengan angkuh ketika berucap pada konvensyen pertengahan penggal Parti Republikan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) memaklumkan 'zon larangan' baharu di luar Selat Hormuz akan merangkumi sebahagian kawasan Teluk Oman dan sekitarnya dengan koordinat tepat akan diumumkan kemudian.

“Ia dianggarkan bermula dari arah Chabahar meliputi sebahagian Laut Oman dan sebahagian lagi Laut Arab di sepanjang laluan yang menuju ke Selat Hormuz,” kata jurucakapnya, Hossein Mohebi.

Pengumuman itu dibuat selepas Iran mengesahkan 'kemajuan ketara' dalam rundingan bersama Oman berhubung laluan perkapalan sementara melalui selat berkenaan.

Teheran telah mengehadkan lalu lintas perkapalan melalui Selat Hormuz. Sebagai tindak balas, AS pula mengenakan sekatan terhadap pelabuhan Iran. - Agensi