UMNO dan Pas pernah terluka, generasi muda perlu bangun bina Perpaduan Ummah - Shahidan

Iklan
Shahidan

SHAH ALAM - Generasi muda UMNO dan Pas perlu membina semula Perpaduan Ummah dengan penyatuan kedua-dua parti itu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tidak dinafikan kedua-dua parti berkenaan pernah melalui episod perpecahan dan terluka.

Iklan
Iklan

“Betul! Pas pernah luka, UMNO pernah luka.

“Bagaimanapun, tugas pewaris bukan mewarisi luka-luka tersebut, tetapi sebaliknya bangun membina Perpaduan Ummah,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Iklan

Menurutnya, harapan yang tinggi disandarkan kepada generasi muda untuk meneruskan usaha memperkukuh hubungan antara UMNO dan Pas.

“Harapan tinggi kepada orang-orang muda. UMNO, Pas berpisah tiada,” katanya.

Iklan