Bekas pengurus besar syarikat pegangan pelaburan ditahan SPRM

Iklan
SPRM menahan seorang bekas pengurus besar sebuah syarikat pegangan pelaburan hartanah kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan faedah dan ganjaran perkhidmatan. Foto: SPRM

SHAH ALAM - Bekas pengurus besar sebuah syarikat pegangan pelaburan hartanah direman dua hari untuk siasatan kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan faedah dan ganjaran perkhidmatan.

Perintah reman sehingga 11 September terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis.

Iklan
Iklan

Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu telah ditahan kira-kira jam 2 petang, Rabu ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2023 hingga 2025 ketika menjawat jawatan Pengurus Besar di syarikat tersebut.

Iklan

Suspek dipercayai telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya untuk urusan kenaikan pangkat, pelarasan gaji serta pemberian bonus yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan penahanan

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009," ujarnya.