Siling wad kanak-kanak, wanita Hospital Jengka terbakar - Polis

Iklan
Sebahagian siling Wad Kanak-Kanak dan Wad Wanita Hospital Jengka terbakar dalam kejadian petang tadi. - Foto: Media sosial

KUANTAN - Sebahagian siling Wad Kanak-Kanak dan Wad Wanita Hospital Jengka terbakar malam ini.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira 7 malam.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kebakaran melibatkan ruang siling kedua-dua wad berkenaan dan berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dalam tempoh kira-kira 20 minit.

"Enam kanak-kanak lelaki, lima kanak-kanak perempuan dan enam wanita yang berada di wad berkenaan berjaya menyelamatkan diri, dan tiada seorang pun mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Kim Wai berkata, hasil maklumat dari JBPM Pahang, kebakaran itu berpunca dari atas siling bangunan wad kanak-kanak dan wad wanita, yang menyebabkan kira-kira 10 peratus pendawaian serta siling mengalami kerosakan.

Beliau berkata punca kebakaran dan anggaran jumlah kerugian masih dalam siasatan JBPM Pahang. - Bernama

Iklan