Tular buaya di Pantai Bagan Lalang: Perhilitan laksana siasatan awal di lokasi

Iklan
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan penampakan buaya di Pantai Bagan Lalang.

SEPANG - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) melaksanakan siasatan awal di lokasi tular penampakan buaya di Pantai Bagan Lalang di sini pada Isnin.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Fakhrul Hatta Musa berkata, siasatan di lokasi perlu dilakukan sebelum menentukan tindakan lanjut yang sesuai.

Iklan
Iklan

"Lokasi itu merupakan kawasan laut dan pantai.

Media sebelum itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang menerima maklumat daripada orang awam pada Ahad berkenaan penemuan reptilia itu.

Iklan

Buaya itu dilihat berhampiran dengan pusat peranginan di kawasan tersebut.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dilaporkan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk menangani masalah tersebut.

Iklan