Ibu dakwa anak 11 tahun diliwat lebih lima pelajar tahfiz

Iklan
Video tular seorang ibu mendakwa anak lelakinya berusia 11 tahun diliwat lebih lima pelajar di sebuah sekolah tahfiz di Banting.

KUALA LANGAT - Seorang ibu mendakwa anak lelakinya berusia 11 tahun diliwat lebih lima pelajar di sebuah sekolah tahfiz di Banting.

Hantaran itu dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik seorang pempengaruh media sosial, Caprice, selepas video berkenaan dihantar kepadanya oleh seorang wanita.

Iklan
Iklan

Menerusi rakaman berdurasi kira-kira seminit itu, wanita terbabit mendakwa mengetahui kejadian berkenaan selepas dimaklumkan sendiri oleh anaknya.

"Saya seorang ibu, saya menghantar anak saya berumur 11 tahun ke sebuah tahfiz di Banting.

Iklan

"Saya dapat tahu daripada anak saya yang dia telah diliwat oleh lebih daripada lima orang pelajar di sekolah tahfiz tersebut," katanya menerusi video berkenaan.

Menurut wanita itu, pihaknya ketika ini masih kekurangan bukti dan saksi berhubung dakwaan berkenaan.

Iklan

Wanita itu merayu kepada ibu bapa yang pernah menghantar anak mereka ke tahfiz terbabit sepanjang tempoh 2024 hingga 2026 supaya bertanya kepada anak masing-masing sekiranya pernah mengalami kejadian sama atau gangguan seksual oleh pelajar di institusi berkenaan.

"Jika ada, saya mohon sila tampil ke hadapan dan hubungi kami," katanya.

Video berkenaan kemudiannya tular di media sosial dan mendapat perhatian orang ramai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya akan memanggil ibu mangsa untuk mendapatkan penjelasan berkaitan video tular berkenaan.