Nahas helikopter FDS: KKM akan teruskan Perkhidmatan Doktor Udara
Iklan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (kiri) bercakap dalam sidang media khas berkaitan nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di sebuah hotel di sini pada Rabu. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr Ismuni Bohari (kanan). FOTO : SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneruskan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) meskipun berlaku nahas helikopter perkhidmatan itu berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada petang Selasa.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tiada keperluan untuk menghentikan perkhidmatan berkenaan yang memainkan peranan penting dalam memastikan liputan kesihatan sejagat khususnya kepada masyarakat di kawasan pedalaman.
Iklan
Iklan
“Kita akan meneruskannya, tiada keperluan (menghentikan) khidmat itu kerana antara perkara penting untuk kita capai dalam perkhidmatan FDS ini adalah liputan kesihatan sejagat.
“Jadi kita akan teruskan, kita akan memperkasa dan akan terus memberikan perkhidmatan ini,” katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Iklan
Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran STOLport Long Lellang.
KKM pula memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi selain seorang juruterbang.
Iklan
Sementara itu, Dzulkefly menjelaskan, FDS selama ini dilaksanakan menerusi pendekatan kontrak dengan KKM tidak memiliki sendiri aset helikopter antaranya mengambil kira aspek penyelenggaraan.
Katanya, keadaan itu berbeza dengan beberapa aset lain termasuk bot dan kenderaan bergerak yang dimiliki kementerian bagi memberikan perkhidmatan kesihatan.
“FDS ini sentiasa kita kontrakkan. Kita sendiri tidak mempunyai aset helikopter itu kerana pertimbangan dari sudut penyelenggaraan dan sebagainya. Helikopter sentiasa menggunakan pendekatan sewaan,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Mahathar Abd Wahab berkata, FDS amat penting terutama bagi memastikan masyarakat yang tinggal jauh di kawasan pedalaman Sarawak mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan.
Menurutnya, aspek keselamatan FDS terutama melibatkan penggunaan helikopter bagaimanapun berada di bawah bidang kuasa agensi-agensi yang berkaitan.
“Jadi kita di peringkat KKM akan mengambil maklum dan (akan juga mengambil) input daripada pihak berkuasa berkait dengan keselamatan helikopter tersebut.
“Daripada itu, kita akan putuskan sama ada penggunaan helikopter tersebut akan diteruskan untuk perkhidmatan ini,” kata beliau.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.