Abdul Azeez, bekas CEO dan bekas ketua pegawai kewangan TH direman dua hari

Iklan
Abdul Azeez

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim direman dua hari di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.

Dalam prosiding itu, selain Abdul Azeez, turut direman adalah seorang lelaki yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH dan seorang wanita yang juga bekas Ketua Pegawai Kewangan TH.

Iklan
Iklan

Penolong Kanan Pendaftar, Mohamad Afiq Zuber mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pihak polis.

Peguamnya, Datuk Abu Bakar Isa Ramat berkata, Abdul Azeez, 60, direman sehingga Khamis bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan membabitkan hibah.

Iklan

"Polis memohon perintah reman di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Abdul Azeez yang memakai baju lokap polis berwarna unggu turut digari ketika dibawa ke mahkamah.

Iklan

Usaha media untuk mendapatkan gambar ahli politik itu juga gagal apabila pihak polis membawa masuk pemimpin itu menerusi laluan dalam.

Media sebelum ini melaporkan Abdul Azeez akan didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Bekas Ahli Parlimen Baling itu sebelum ini direman selama tujuh hari, bermula 27 Ogos hingga 2 September, bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Siasatan itu susulan pendedahan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji.