Nahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - Ibu

Iklan
Rogayah menerima kunjungan daripada sanak saudara yang menziarahi keluarga tersebut selepas mendapat tahu tentang kejadian menimpa Dr Ainul di kediaman mereka di Kampung Baung, Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada Selasa.

KOTA BHARU -"Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga kerana dia seorang anak yang baik."

Demikian kata ibu kepada Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, iaitu Rogayah Mohd Noor, 69, seorang pesara guru ketika ditemui di kediamannya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAM

Nahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan – Polis Sarawak

Iklan

Nahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsa

Nahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - Keluarga

Iklan

Residen Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal dunia

Nahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsa

Nahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa

'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'

Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhir

Rogayah

Dr Ainul merupakan antara lima mangsa korban nahas helikopter yang dilaporkan terhempas dan terbakar di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram di Sarawak.

Menurutnya, anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sepanjang pulang bercuti di kampung selama seminggu pada minggu lalu.

Malah katanya, dia sempat perasan wajah anak keempat daripada lima beradik itu kelihatan berseri-seri.

"Itu yang menyebabkan hingga sekarang, saya masih terkejut dan tidak mampu menerima perkhabaran bahawa dia sudah meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya.

Terdahulu, kesemua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di STOLport Long Lellang, pedalaman Baram, pada Selasa disahkan meninggal dunia.

Borneo Post yang memetik Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri merangkap Residen Miri, Galong Luang sebagai berkata, kesemua lima individu yang berada di dalam helikopter itu maut dalam nahas yang berlaku di hujung landasan kira-kira jam 3.40 petang.

Katanya, kesemua lima individu di dalam helikopter itu disahkan meninggal dunia berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan (KKM).