Nahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsa

Iklan
Foto dimuat naik di akaun Threads @_.aimnsuhaimi pada Selasa.

SHAH ALAM - Seorang pengguna Threads memaklumkan abang iparnya antara lima individu berada di dalam helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak pada petang Selasa.

Menerusi perkongsian akaun Threads @_.aimnsuhaimi, pihaknya turut memohon orang ramai untuk membacakan al-Fatihah kepada kesemua kru, termasuk abang iparnya itu.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAM

Nahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan – Polis Sarawak

Iklan

Helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu menjalankan penerbangan FDS ketika kejadian.

Nahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsa

Iklan

Nahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - Keluarga

Residen Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal dunia

"Abang ipar saya salah seorang mangsa helikopter terhempas di Long Lellang. Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq.

"Kakak dan anak-anak dah ada di lapangan terbang dengan pasukan kerja arwah. Dapat 'update' daripada pasukannya, nanti saya kongsikan (maklumat) lagi,” katanya.

Lima individu berada di dalam helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak pada petang Selasa.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan KKM dalam proses untuk menghubungi waris dan ahli keluarga mangsa nahas helikopter bagi memberikan sokongan sewajarnya.

Memandangkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan, beliau memohon kerjasama orang awam dan pihak media untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih demi menghormati perasaan ahli keluarga mangsa.

CAAM menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (Flight Information Service) pada jam 3.58 petang.

Dr Dzulkefly berkata, sebarang perkembangan lanjut bakal dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu menjalankan penerbangan FDS ketika kejadian.

CAAM menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (Flight Information Service) pada jam 3.58 petang.

Jelasnya lagi, Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.