Nahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - Keluarga

Iklan
Dr Ainul Baraah (belakang, tengah) antara mangsa yang terlibat dalam bnahas helikopter di Ulu Baram, Sarawak pada Selasa.

KOTA BHARU - Salah seorang penumpang helikopter yang dilaporkan terhempas dan terbakar di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram di Sarawak pada Selasa iaitu Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 32, dari Baung, Pengkalan Chepa di sini dimaklumkan telah meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Adik ipar kepada mangsa, Nureez Mohd Pauzi, 35, berkata, panggilan daripada KKM itu dibuat kepada suami Dr Ainul iaitu Muhammad Faiz Abdul Malik sekitar jam 4 petang lebih yang merupakan guru di Sarawak.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAM

Nahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan – Polis Sarawak

Iklan

Nahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsa

CAAM menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (Flight Information Service) pada jam 3.58 petang.

Iklan

Nahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - Keluarga

Residen Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal dunia

Nahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsa

Helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu menjalankan penerbangan FDS ketika kejadian.

 

"Dr Ainul sudah bekerja di sana (Sarawak) sejak tiga tahun lalu dan sudah menjadi kebiasaanya bersama jururawat menggunakan perkhidmatan helikopter untuk ke klinik yang terletak di kawasan pedalaman," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Keadaan helikopter yang terhempas dan terbakat di lokasi.

Menurutnya, mereka sekeluarga kini berada di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa untuk ke Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Sarawak pada Subuh Rabu.