Lori tangki terbakar di Lebuhraya Karak

Iklan
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah lori tangki pada Selasa.

GOMBAK – Sebuah lori tangki dilaporkan terbakar pada bahagian kepala kenderaan di Kilometer 33.7 Lebuhraya Karak berhampiran Kampung Sungai Chinchin di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.33 petang.

Iklan
Iklan

"Seramai enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak bersama jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh 23 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah lori tangki pada Selasa.

Iklan

Ashrul Riezal berkata, pihak bomba tiba di lokasi pada jam 2.08 petang mendapati lori jenis Volvo terbakar pada bahagian kepala.

Terdahulu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), memaklumkan trafik sesak sejauh 8.5 kilometer susulan kejadian kebakaran itu.

Iklan

Keadaan di lokasi kebakaran sebuah lori tangki pada Selasa.

Menurut maklumat LLM pada jam 3.16 petang, kerja-kerja pengalihan kenderaan terbabit sedang dijalankan.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya memberi tumpuan ketika memandu serta memastikan jarak selamat dengan kenderaan lain.