RCI Tabung Haji: Bekas menteri dilepaskan dengan jaminan SPRM

Iklan
Abd Halim

PUTRAJAYA - Seorang bekas menteri yang direman untuk siasatan berkaitan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) dilepaskan dengan jaminan pada Selasa.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: RCI Tabung Haji: Bekas menteri direman dua hari lagi bantu siasatan

RCI Tabung Haji: Bekas menteri pula ditahan

Iklan

"Beliau (bekas menteri) telah dilepaskan dengan jaminan SPRM," katanya pada Selasa.

Sebelum ini, suspek lelaki berusia 60-an itu telah direman kali pertama selama lima hari bermula 2 hingga 6 September.

Iklan

Kemudian, reman dilanjutkan dua hari lagi hingga 8 September.

Bekas ahli Parlimen itu ditahan SPRM selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 2 September untuk disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Dalam laporan RCI yang didedahkan pada 29 Julai lalu, sebanyak 25 syor utama dikemukakan bagi meningkatkan ketelusan, profesionalisme dan tadbir urus institusi terbabit.

Antara syor utama yang terkandung dalam laporan RCI terbabit ialah melarang ahli politik aktif daripada menduduki Lembaga Pengarah TH bagi mengelakkan campur tangan politik.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim turut bertitah supaya siasatan berhubung laporan RCI TH dijalankan sehingga ke lubang cacing.