MKN akan putuskan garis panduan untuk wakil rakyat hantar bantuan

Iklan
Dr Noor Hisham semasa sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti untuk mewujudkan garis panduan pengagihan bantuan oleh wakil rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk diputuskan.

Iklan
Iklan

"Perkara ini kita akan teliti dan bincang bersama (MKN) dan mungkin akan diputuskan oleh MKN," katanya ketika sidang akhbar perkembangan koronavirus (Covid-19) di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan adakah KKM mempunyai cadangan atau sebarang garis panduan sedia ada untuk wakil rakyat menghantar bantuan.

Iklan

Terdahulu, tular di media sosial beberapa keping gambar Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali didakwa berkumpul dengan beberapa orang di Ma'ahad Tahfiz di kawasan Lenggong.

Dr Noor Azmi yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Serai itu didakwa melanggar PKP pada majlis itu yang dikatakan turut dihadiri Exco Perak, Razman Zakaria.

Iklan

Sejurus selepas itu, satu majlis makan beramai-ramai diadakan tanpa penjarakkan sosial seperti yang disarankan KKM.

Bagaimanapun, gambar-gambar berkenaan yang didakwa dimuat naik dalam satu status di laman Facebook Dr Noor Azmi dipercayai telah pun dipadamkan hari ini.