Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di enam negeri hingga 1 pagi esok.

KUALA LUMPUR -  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di enam negeri hingga 1 pagi esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Iklan
Iklan

Di Kedah, kawasan dijangka terjejas ialah Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak meliputi Kuala Kangsar, Hulu Perak, Larut Matang dan Selama.

Amaran sama dikeluarkan bagi Kuala Krai, Kelantan dan Besut, Terengganu manakala di Sarawak melibatkan Sri Aman (Lingga, Sri Aman dan Lubok Antu), Betong, Mukah (Daro dan Matu) serta Kapit (Song dan Bukit Mabong).

Iklan
Iklan

Di Sabah, kawasan dijangka terjejas ialah Sandakan (Telupid, Paitan, Kinabatangan, Labuk dan Sugut serta Tongod), Tawau (Lahad Datu), Pantai Barat (Ranau) dan Pedalaman (Pensiangan). - Bernama