'Salah seorang pendaki alami kecederaan punca lewat keluar hutan'

Iklan
Enam pendaki termasuk dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB) ditemukan selamat pada petang Isnin.

ERIK - Kecederaan dialami salah seorang daripada enam pendaki dipercayai menjadi punca kumpulan berkenaan mengambil masa untuk keluar dari lokasi selepas mereka ditemukan selamat pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya memperoleh maklumat mengenai keberadaan kesemua mangsa selepas berjaya menghubungi salah seorang malim gunung terbabit kira-kira jam 5.30 petang.

Iklan
Iklan

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan selepas keenam-enam individu terbabit gagal keluar mengikut jadual di Pos Kemar pada 3 September lalu.

"Pasukan penyelamat akan naik hari ini juga," katanya kepada media pada Isnin.

Iklan

Difahamkan, tahap kecederaan yang dialami mangsa masih belum diketahui.

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang ketika mendaki: Wan Ahmad Aslam, isteri dua anak masih belum ditemui

Iklan

Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutan

Enam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakan

Terputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilang

Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan serta-merta untuk menjejaki enam individu yang hilang di kawasan laluan sebelah Perak.

Abdul Samad berkata, operasi menyelamat turut dirancang menggunakan helikopter bagi membawa pasukan penyelamat ke salah satu kem sebelum mereka meneruskan perjalanan ke lokasi keenam-enam mangsa.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan selepas keenam-enam individu terbabit gagal keluar mengikut jadual di Pos Kemar pada 3 September lalu.

Mereka dilaporkan memulakan pendakian merentas tiga puncak gunung itu pada 29 Ogos lalu.

Peserta ekspedisi itu terdiri daripada dua malim gunung iaitu Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, manakala empat beranak terdiri daripada Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, isterinya, Siti Zulaiha Norizan, 39, serta dua anak mereka, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9.