Tragedi Nepal: Belum dapat sebarang perkembangan terkini - Waris mangsa hilang

Iklan
Keadaan selepas tragedi banjir lumpur di Nepal - Foto AFP

SHAH ALAM - Waris mangsa yang masih gagal dikesan susulan tragedi banjir lumpur di Nepal belum mendapat sebarang perkembangan terkini daripada pihak kerajaan berhubung perkara tersebut.

Sivakumar Kalimuthu, 57, suami kepada seorang daripada mangsa, iaitu Kalai Mathe Karuppaiah, 57, berkata, buat masa ini dia dan keluarga masih menunggu maklumat rasmi daripada Wisma Putra.

Iklan
Iklan

“Saya pun tidak tahu apa-apa. Kita pun tidak boleh pergi ke sana atau melakukan apa-apa kerana tidak tahu apa yang boleh dibuat.

“Jadi, saya hanya menunggu dengan penuh harapan,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Iklan

BERITA BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilang

Banjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi

Iklan

95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal

17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di Nepal

Lebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal

11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma Putra

Sebelum ini, sebanyak 55 rakyat Malaysia dilaporkan masih gagal dihubungi susulan bencana itu, manakala 77 lagi yang dikesan selamat di Tibet dan Nepal sudah dibawa ke Kathmandu untuk menjalani proses sebelum pulang ke Malaysia.

Sivakumar turut memaklumkan, keluarga sudah menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) mereka kepada pihak berkuasa bagi menjalani proses berkenaan.

Katanya, semua urusan tersebut dilakukan oleh anaknya.

“Ya, kami sudah serahkan sampel DNA itu tetapi saya pun lupa bila. Anak saya yang pergi serahkan.

“Rasanya minggu lepas,” ujarnya.

Tambah Sivakumar, sebagai ahli keluarga di sini, dia hanya mampu meneruskan tugas harian seperti biasa.

“Anak sudah pergi ke kolej dan saya juga perlu meneruskan pekerjaan seperti biasa.

“Namun, saya berharap kerajaan akan terus memberikan perkembangan dari semasa ke semasa mengenai keadaan rakyat Malaysia yang terlibat,” ujarnya.

Banjir Nepal: 'Doakan 9 pendaki Malaysia, mereka gagal dihubungi'

Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed Khaled

Banjir Nepal: Angka rakyat Malaysia gagal dihubungi meningkat kepada 55 orang

Banjir Nepal: PM zahir dukacita, kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia