'Keadaan kami baik' - Keluarga enam pendaki hilang terima mesej terakhir 1 September lalu

Iklan
Enam individu termasuk sepasang suami isteri, dua anak mereka dan dua malim gunung sebelum komunikasi terputus ketika melakukan pendakian Gunung Trans Gerah

GUA MUSANG - “Keadaan kami baik dan cuaca sepanjang tiga hari ini tidak hujan.”

Itu mesej terakhir diterima ahli keluarga daripada enam individu termasuk sepasang suami isteri, dua anak mereka dan dua malim gunung sebelum komunikasi terputus ketika melakukan pendakian Gunung Trans Gerah, Hutan Simpan Kekal Lojing di sini.

Iklan
Iklan

Mesej berkenaan diterima pada jam 7.47 pagi, 1 September lalu sebelum keenam-enam mereka gagal dihubungi sehingga laporan polis dibuat di Balai Polis Bukit Jelutong, Shah Alam, pada jam 8.57 pagi Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutan

Iklan

Enam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakan

Terputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilang

Iklan

Bomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di Lojing

Keluarga dari Yong Peng, Johor itu dikenal pasti sebagai Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, isterinya, Siti Zulaiha Norizan, 39, serta dua anak mereka, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9.

Dua malim gunung yang turut bersama kumpulan berkenaan ialah Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 44, masing-masing berasal dari Kuala Krai.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, selepas mesej terakhir berkenaan diterima, ahli keluarga tidak lagi menerima sebarang komunikasi daripada kumpulan tersebut.

“Bagaimanapun, selepas mesej tersebut, tiada lagi komunikasi diterima sehingga laporan polis dibuat,” katanya kepada pemberita pada Isnin.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kumpulan itu memulakan pendakian pada 29 Ogos lalu dari Pos Dakoh dan dijangka keluar melalui Pos Kemar, Perak, pada 3 September.

Katanya, pada 30 Ogos, seorang malim gunung dari Kelantan turut bertemu kumpulan berkenaan di Kem Lata Air sebelum mereka meneruskan perjalanan.

“Pada 31 Ogos, ahli keluarga turut menerima mesej memaklumkan kumpulan berkenaan berada dalam keadaan baik, namun perjalanan mereka sedikit lewat.

Choon Foo berkata, pihaknya turut menerima maklumat daripada pegawai Perhutanan Kelantan pada Ahad bahawa kumpulan berkenaan dipercayai sedang bergerak menuju ke arah Perak.