'Malu, tapi anak-anak lebih penting'

Iklan
Nur Shamimi melahirkan rasa gembira apabila jualannya laku walaupun tidak habis pada hari pertama berniaga.

SHAH ALAM - Demi anak-anak, seorang ibu mengetepikan rasa malu dengan turun berniaga keliling taman menjual jejari ketam pada harga RM1.50 sambil mengenakan kostum dinosaur.

Nur Shamimi Md Shaied, 29, berkata, meskipun dirinya masih berada di titik terendah, anak-anak menjadi sumber kekuatan untuknya menghadapi segala cabaran.

Iklan
Iklan

Katanya, perkongsian tersebut bukan bertujuan untuk menceritakan kisah sedih, sebaliknya berharap ia dapat memberi manfaat kepada orang lain.

“Saya harap perkongsian saya dapat beri manfaat pada wanita lain juga. Walaupun saya sendiri masih berada di titik terendah.

Iklan

Nur Shamimi berkata, anak-anak mempunyai jiwa yang bersih, menjadi penenang hati dan melihat setiap perjuangan ibu dengan hati yang bersih.

Menurutnya, pada Rabu merupakan hari pertama dia mula berniaga keliling taman dengan menjual jejari ketam pada harga RM1.50 selain memakai kostum dinosaur pada siang hari.

Iklan

“Hari pertama itu juga dalam beg saya cuma ada RM16 sahaja, setelah berhabis modal beli kostum, barang meniaga dan isi minyak kereta.

“Dalam beg cuma ada RM16. Saya tawakal, saya drive dan pergi taman untuk meniaga, bawa anak-anak,” katanya.

Nur Shamimi buang rasa malu menjual crabstick dengan memakai kostum.

Nur Shamimi berkata, dia menyerahkan segala yang berlaku kepada ALLAH dan yakin rezeki anak-anaknya akan diberikan sekiranya dia berusaha.

“Apa akan jadi, semuanya atas izin ALLAH. Saya pandang anak-anak, saya yakin. Allah pegang rezeki anak-anak saya. Saya yakin ALLAH bagi jika saya usaha.

“Malu... tapi anak-anak lebih bijak daripada saya. Sebab itu saya nak perjuangkan mereka,” katanya.

Katanya, dia kemudian mengetepikan rasa malu dengan memakai kostum dinosaur, menolak troli dan menjual jejari ketam keliling taman.

“Alhamdulillah, jualan laku walaupun tak habis pada hari pertama.

“Saya balik rumah dengan rasa bangga dan tak kecewa langsung. Bangga dengan diri sendiri sebab berjaya tolak tepi perasaan malu. Itu dah lebih daripada cukup,” katanya.

Nur Shamimi berkata, ALLAH kemudian menggantikan usahanya itu dengan rezeki yang lebih lagi untuk anak-anaknya.

“Seharian saya menangis. ALLAH Maha Baik, kan?” tambahnya.