Lelaki ditemukan meninggal dunia di kebun duku

Iklan
Mangsa yang ditemukan meninggal dunia di kebun duku di belakang stor baja berhadapan Pejabat Pertanian Padang Ipoh, Kampung Lebak, Kuala Berang pada Sabtu.

​HULU TERENGGANU - Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di sebuah kebun di belakang stor baja berhadapan Pejabat Pertanian Padang Ipoh, Kampung Lebak, Kuala Berang di sini pada Sabtu.

​Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.30 malam.

Iklan
Iklan

​Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia 52 tahun itu telah pergi ke lokasi kejadian seorang diri untuk memanjat pokok duku yang dipajak oleh majikannya.

​"Majikannya kemudian bertindak memberitahu ahli keluarga mangsa mengenai perkara tersebut," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Iklan

Mangsa yang ditemukan meninggal dunia di kebun duku di belakang stor baja berhadapan Pejabat Pertanian Padang Ipoh, Kampung Lebak, Kuala Berang pada Sabtu.

​Sharudin berkata, majikan bersama ahli keluarga mangsa kemudiannya menjalankan usaha mencari di sekitar kawasan kebun berkenaan.

Iklan

​"Mangsa akhirnya ditemui dalam keadaan tertiarap di bawah bukit berhampiran oleh abang sulungnya.

​"Pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Kuala Berang yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya.

Tambah beliau, jenazah mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu bagi proses bedah siasat.

​Dalam pada itu, katanya, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan memaklumkan kepada ahli keluarga atau kenalan terdekat sekiranya mahu melakukan sebarang aktiviti seorang diri.