Reman kes TikTok tamat, aktivis ditangkap semula kes ceroboh

Iklan
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar pada jam 9.56 pagi untuk proses permohonan reman sebelum prosiding berkenaan selesai kira-kira sejam kemudian.

KANGAR -Seorang aktivis yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan berhubung hantaran TikTok ditangkap semula sebelum direman dua hari bagi membantu siasatan kes pencerobohan jenayah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, suspek berusia 55 tahun itu direman sehingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

“Perintah permohonan reman terhadap seorang Orang Kena Tahan (OKT) telah diluluskan dua hari bermula hari ini oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Majistret Kangar,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar pada jam 9.56 pagi untuk proses permohonan reman sebelum prosiding berkenaan selesai kira-kira sejam kemudian.

Iklan

Sebelum ini, pada 4 September lalu, suspek yang juga seorang jurunding direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran berbaur hasutan di TikTok berkaitan isu perobohan sebuah kuil Hindu di Bukit Lagi, di sini.

Perkara itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Iklan

Tempoh reman pertama itu tamat pada Ahad sebelum suspek ditangkap semula bagi membantu siasatan kes pencerobohan jenayah.