SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bersama kerajaan negeri menzahirkan sokongan penuh serta taat setia kepada Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Dalam kenyataan pada Ahad, Ismail berkata, beliau mengambil maklum kenyataan media Undang Yang Empat bertarikh 5 September 2026.