KUCHING - Bukan Serian, tetapi Kuching dan Sri Aman kini berada dalam kategori amat tidak sihat, apabila indeks pencemaran udaranya mencecah tahap amat tidak sihat berdasarkan cerapan sekitar jam 6 pagi tadi.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), stesen Kuching merekodkan bacaan 245 manakala stesen Sri Aman 214.
Iklan
Iklan
IPU Serian yang merekodkan bacaan tertinggi melebihi 500 pada Jumaat lalu terus merekodkan bacaan baik, apabila mencatatkan IPU 189 untuk berada dalam kategori tidak sihat.
Dalam kategori sama ialah stesen Samalaju (200); Bintulu (199) Samarahan (107), Mukah (194), Sarikei (189), ILP Miri ( 183), Sibu (181) dan Miri (177).
Hujan sekejap-sekejap yang berlaku di beberapa kawasan di Kalimantan Barat termasuk di Pontianak dan di Sarawak dipercayai memberi kesan kepada penurunan tahap jerebu rentas sempadan ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataannya semalam berkata, pihaknya sedang memantau rapi selama tiga hari kualiti udara, keadaan cuaca, titik panas dan pergerakan jerebu rentas sempadan, sebelum menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhubung status jerebu di Serian.
Ketika ini, semua aktiviti perniagaan dan pekerjaan di kawasan berkenaan telah dibenarkan. - Awani