Seorang lagi mangsa diselamatkan selepas 10 hari banjir kilat di Nepal

Iklan
Pasukan penyelamat di Nepal berjaya menyelamatkan seorang lagi mangsa yang masih hidup, 10 hari selepas banjir kilat yang memusnahkan melanda kawasan Himalaya.

KATHMANDU - Pasukan penyelamat di Nepal berjaya menyelamatkan seorang lagi mangsa yang masih hidup, 10 hari selepas banjir kilat yang memusnahkan melanda kawasan Himalaya, kata polis pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Seorang wanita warga emas dalam lingkungan 60-an yang masih bernyawa diselamatkan daripada sebuah rumah yang tertimbus di Betrawati, Wilayah Bagmati yang bersempadan dengan Tibet, kata jurucakap polis.

Iklan
Iklan

Mangsa diterbangkan ke Kathmandu untuk menerima rawatan dan tiada maklumat lanjut diberikan mengenai keadaannya.

Lebih 1,300 kematian setakat ini telah disahkan akibat bencana berkenaan di Nepal dan Tibet.

Iklan

Di Nepal, jumlah korban meningkat kepada 1,344 orang, termasuk 85 kanak-kanak, menurut maklumat terkini daripada pihak polis tempatan.

Jumlah mangsa yang hilang dianggarkan hampir 4,900 orang, termasuk 618 warga asing.

Iklan

Angka kematian di Tibet pula setakat ini direkodkan seramai 31 orang, manakala 531 lagi masih dilaporkan hilang di wilayah berkenaan. - Bernama/dpa