Siasatan dakwaan gangguan seksual di HSA hampir selesai

Iklan
Siasatan oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan pihak pengurusan HSA pada 28 Ogos lalu berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pakar perubatan di Jabatan Anestesiologi hospital berkenaan kini di peringkat akhir - Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Siasatan oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 28 Ogos lalu berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pakar perubatan di Jabatan Anestesiologi hospital berkenaan kini di peringkat akhir.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dalam satu kenyataan memaklumkan perkembangan terkini itu susulan laporan sebuah portal yang mendakwa terdapat pihak tertentu meminta pengadu menarik balik aduan berkaitan salah laku berkenaan.

Iklan
Iklan

“Siasatan dalaman sedang dijalankan dan dilengkapkan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil mengikut garis panduan serta tatacara yang sedang berkuat kuasa.

“Pihak hospital tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha untuk menyembunyikan, menyekat, menekan atau menghalang mana-mana warga kerja daripada membuat laporan berhubung dakwaan tersebut,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Iklan

JKNJ berkata, HSA akan memastikan keadilan terus dipelihara selain menjamin ketelusan serta integriti dalam setiap peringkat proses siasatan.

Menurut kenyataan itu, pihak hospital komited menyediakan persekitaran kerja yang selamat, profesional dan bebas daripada sebarang bentuk gangguan, intimidasi atau salah laku.

Iklan