Pas terima jemputan, akan hantar wakil ke PAU 2026
Iklan
Takiyuddin
​KOTA BHARU - Pas mengesahkan akan memenuhi jemputan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dijadualkan bermula 9 September ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.
​Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau merupakan antara empat pimpinan tertinggi parti yang dijadualkan hadir ke persidangan tahunan tersebut.
Iklan
Iklan
​Menurutnya, Pas turut berharap agar agenda Penyatuan Ummah menjadi antara fokus utama yang diangkat dan dibahaskan dalam persidangan berkenaan.
​"Saya salah seorang yang akan hadir bersama kepimpinan Pas yang lain, cuma siapa (empat pimpinan) yang akan hadir itu belum dimuktamadkan lagi," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.
​Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengesahkan penerimaan jemputan rasmi berkenaan dan memaklumkan keputusan rasmi mengenai senarai perwakilan akan dimuktamadkan kelak.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas"><meta itemprop="description" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbdulHadi #Politik #CalonPM #AmerikaSyarikat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-05T12:10:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb462qe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb462qe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb462qe"></script>