PRU16: Penyatuan ummah perlu pengorbanan - Pemuda Pas Selangor
Iklan
Aubidullah Fahim
SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Selangor menyambut baik dan menyokong penuh usul 'Memperkasa Agenda Penyatuan Ummah ke Arah Pengukuhan Kekuatan Politik Melayu-Islam dan Kestabilan Negara' yang telah dibahas dan diluluskan sebulat suara dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72.
Usul yang dibawa oleh Dewan Ulamak Pas Pusat tersebut bukan sekadar strategi pilihan raya, sebaliknya ia adalah satu kewajiban demi menjamin kelangsungan agama, bangsa, dan tanah air.
Iklan
Iklan
Menurut Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor, Dr. Aubidullah Fahim Ibrahim apabila naskhah penyatuan dibicarakan, hakikat yang tidak boleh dielakkan adalah keperluan untuk semua pihak melakukan pengorbanan.
"Penyatuan menuntut kita untuk berlapang dada dan melepaskan kepentingan peribadi mahupun kelompok.
Iklan
"Pengorbanan ego, emosi, dan perbezaan ini sememangnya suatu perkara yang besar dan berat. Namun, ia adalah harga yang wajib kita bayar demi mempertahankan serta memperkukuh kuasa politik Melayu-Islam menjelang PRU16," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Aubidullah Fahim berkata, tanpa pengorbanan penyatuan hanya akan tinggal sekadar slogan kosong dan semua pihak wajib belajar dan mengambil iktibar daripada sejarah.
Iklan
Jelasnya lagi, sejarah Tanah Melayu sendiri telah merakamkan bahawa apabila tiba saat-saat genting yang menyentuh soal masa depan dan kelangsungan bangsa, masyarakat Melayu sentiasa mampu meminggirkan perbezaan pandangan untuk duduk semeja.
"Hal ini terbukti secara jelas melalui kebangkitan umat Melayu menentang gagasan Malayan Union pada tahun 1946. Peristiwa bersejarah tersebut berjaya menghimpunkan puluhan pertubuhan, persatuan, dan kelompok Melayu dari pelbagai latar belakang dan fahaman.
"Mereka bersatu hati dan bergerak di atas satu platform yang sama kerana satu prinsip asas yang dikongsi bersama, wujud sebuah matlamat agama dan bangsa yang jauh lebih besar berbanding kelangsungan organisasi masing-masing," katanya.
Justeru katanya lagi, pihaknya menyeru seluruh anggota parti, anak muda, dan setiap umat Islam di luar sana untuk menghayati semangat Kongres Melayu 1946 tersebut.
Tambahnya lagi, menjelang PRU16, semua pihak perlu mengetepikan segala titik bengik perbezaan untuk membina semula jambatan ukhuwah dan merapatkan saf perjuangan.
"Kuasa politik Melayu-Islam ini terlalu mahal nilainya untuk dibiarkan lebur akibat perpecahan sesama kita," ujarnya.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.