KUALA LUMPUR - Seorang pemilik syarikat perundingan, pengurusan dan perniagaan ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30,000 sebagai balasan mendapatkan geran serta pinjaman di bawah skim pembiayaan kewangan usahawan bumiputera untuk dua buah syarikat berkaitan persenjataan dan pertahanan.
Suspek berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 6.45 petang, Khamis di sekitar Kuala Lumpur.