'Jangan langgar PKP walaupun kes harian positif Covid-19 menurun'

Iklan
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak memandang remeh dan dan sewenang-wenangnya melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun jumlah kes positif Covid-19 harian menunjukkan penurunan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, serangan virus berkenaan belum berakhir selagi jumlah individu yang positif virus belum mencapai tahap sifar.

Iklan
Iklan

"Selagi PKP ini belum tamat, hukuman (kepada individu ingkar PKP) berjalan seperti biasa. Kita mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan semua yang terlibat kerana berjaya mengurangkan jumlah positif Covid-19.

"Tetapi untuk rakyat suka saya ingatkan bahawa ia belum berakhir. Semalam jumlah positif ialah 68 orang dan merupakan sesuatu yang baik. Sudah dua hari berkurang tetapi (jumlah pesakit) masih turun naik," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata, rakyat perlu mematuhi PKP jika ingin melihat kejayaan menangani penularan wabak Covid-19.

"Sebab itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sudah memberikan peringatan kepada rakyat bahawa PKP mungkin berlanjutan sehingga Jun jika ramai rakyat yang ingkar.

Iklan

"Saya yakin ramai berdoa supaya PKP ditamatkan dan kita semua boleh hidup seperti biasa. Ia bergantung kepada rakyat. Kalau terus berdegil kita tidak mampu untuk menamatkan PKP," katanya.